Friday, March 10, 2017

Bintang Kecil Peringkat Sekolah - Zon Debak

Aktiviti : Pertandingan Nyanyian Solo Antara Sekolah.
Peringkat : Zon Debak.
Tempat : Sk St Cristhoper
Tarikh : 09.03.2017
Catatan : Martha - Juara

Thursday, March 09, 2017

Sekolah Saya


Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau (SK.NG.Gayau) merupakan sebuah sekolah rendah terletak berdekatan denga jalan raya utama "Borneo Highway" dan ia terletak hanya beberapa meter dari sebuah jambatan yanag merentangi Sungai Rimbas di daerah kecil Debak. Pekan Debak yang terletak 6 kilometer perjalanan dari sekolah ini merupakan pusat membeli belah utama penduduk dan masyarakat persekitaran di Daerah kecil Debak.

Sk.Ng.Gayau mendapat namanya sempena nama anak muara sungai kecil bernama Sungai Gayau yang muaranya menyimpang di Sungai Rimbas. Pada masa dahulu terdapat banyak ikan di sungai ini.